'34,000 tiket memang tak cukup'

in Sukan by


ALOR SETAR – Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengakui 34,000 tiket diperuntukkan untuk penyokong tersebut pada final Piala Malaysia 2017 masih belum cukup untuk menampung jumlah permintaan penyokong mereka yang mahu hadir ke Shah Alam, esok malam.


Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, berbanding musim lalu pada final 2016 bertemu Selangor, penyokong Hijau Kuning yang tinggal di Lembah Klang masih boleh membeli tiket di sana di atas kuota penyokong pasukan lawan.


Namun bagi tahun ini, berikutan faktor pertembungan bertemu pasukan dari selatan tanah air, JDT menyaksikan ada penyokong yang terpaksa balik ke Alor Setar untuk membeli tiket tersebut.


“Tahun lepas pun sama, kita jual dengan jumlah yang hampir sama iaitu 8,000 tiket secara kaunter tapi tidak timbul masalah (berbanding tahun ini).


“Kita tahu peminat kita ramai. Macam tahun lepas mungkin ada penyokong kita membeli tiket di Shah Alam untuk kuota Selangor tapi tahun ini dijual di selatan (JDT) dan utara (Kedah) jadi ada penyokong Kedah yang balik¬† nak beli di sini,” katanya pada sidang media khas di Stadium Darul Aman, semalam.


Syed Unan Mashri berkata, pihaknya mendapat permohonan tiket berkuota berkumpulan yang tinggi pada tahun ini membabitkan 400 bas melibatkan 17,600 tiket.


Jelasnya, permohonan berkenaaan membabitkan 350 permit bas dan 50 permit bas Presiden KFA.


“Setiap badan gabungan KFA mendapat 1,800 keping tiket yang membabitkan 36 badan gabungan secara keseluruhannya, pemain dan pegawai (1,200),¬† Ahli badan Eksekutif KFA (700), kakitangan KFA (200) dan 500 lagi diberikan kepada penaja.


“Baki dari jumlah ini, 8-000 tiket pula dijual di empat kaunter jualan yang ada lapan laluan. Satu tiket berharga RM50 dan seorang dibenarkan membeli tiga tiket dan dalam masa 45 minit kita telah menjual semua tiket itu,” katanya.


Menurutnya, 4,000 lagi dijual secara jualan atas langsung yang juga habis dalam tempoh tidak sampai sejam.


“Kita buat ini secara telus, bukan nak bagi kepada sesiapapun, Jika yang datang mohon dan beli dari orang politik pun (mereka) orang Kedah juga,” katanya.


Dalam pada itu, beliau turut tidak menafikan dan menolak kemungkinan bahawa ada usaha untuk mencalarkan imej KFA.


“Kadang-kadang kita kena ambil kira bahawa peminat Kedah ini beratus ribu namun yang datang buat kacau ini sebenarnya dua tiga orang sahaja,” katanya.


Kelmarin, ratusan penyokong Kedah tidak berpuas hati apabila 10,000 tiket final Piala Malaysia 2017 diperuntukan buat penyokong itu yang dijual di kaunter tiket Stadium Darul Aman habis dalam tempoh tidak sampai sejam.


Perkara itu menyebabkan mereka tidak berganjak dari empat kaunter tiket stadium selepas 9.45 pagi selain meminta penjelasan daripada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berhubung situasi tersebut.


Disebabkan masih belum berpuas hati dengan penjelasan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Masuk KFA, Shaharol Niza Omar, lima laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.


Malah laporan juga turut dibuat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]