Geng curi kabel tumpas

in Edisi Utara by


SUNGAI PETANI – Enam lelaki geng curi kabel dicekup dalam serbuan di sebuah rumah dekat Batu Dua, di sini kira-kira jam 6 pagi semalam.


Suspek berusia antara 17 hingga 27 tahun berasal dari Sungai Petani terdiri daripada bekas tentera yang ditamatkan perkhidmatan, pelajar yang dibuang sekolah dan bekas banduan yang pernah dipenjara dua bulan.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, hasil semakan rekod lampau mendapati seorang suspek mempunyai rekod jenayah kes curi dan dua rekod narkotik berkait kes penagihan dadah.


“Serbuan dilakukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal dan Pasukan MPV Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda hasil intipan dan risikan dibuat sebelum ini,” katanya.


Saifi berkata, barang kes juga dijumpai di hadapan rumah mereka dalam kawasan semak samun dengan anggaran 20 meter dari rumah iaitu dua guni berisi kabel.


“Lokasi rumah terbabit juga dipercayai dijadikan port menagih serta tempat memproses kabel yang dicuri.


“Ketika serbuan, suspek dipercayai sedang khayal dan juga sedang memproses kabel sebelum dijual bagi mendapatkan wang,” katanya.


Tambahnya, empat buah motosikal yang ditemui di lokasi kejadian turut dirampas.


“Hasil ujian air kencing mendapati tiga suspek positif methamphetamine dan tiga lagi negatif,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]