Kenal pasti punca litar pintas

in Edisi by


AYER KUNING – Masalah litar pintas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pheng Lok di sini, akan diselesaikan selepas menerima laporan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mah Hang Soon berkata, dua agensi itu akan turun padang ke sekolah berkenaan untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh dan mengenal pasti punca sebenar yang menyebabkan berlakunya litar pintas di SJKC Pheng Lok dalam masa terdekat.


Menurutnya, masalah berkaitan lintar pintas di sekolah itu berlaku sejak Ogos 2016 dan sehingga kini apabila kipas dan lampu di beberapa kelas dalam SJKC Pheng Lok tidak berfungsi seperti biasa.


“Selain lampu dan kipas dalam bilik darjah, lampu dalam tandas juga tidak berfungsi.


“Keadaan ini perlu diberi perhatian segera bagi menjamin keselamatan murid-murid SJKC Pheng Lok di sini,” katanya ketika melawat sekolah itu.


Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Mat Lazim Idris dan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, Wong Koon Phin.


Dalam pada itu, Koon Phin berkata, kebimbangan pihaknya terhadap masalah yang dihadapi oleh SJKC Pheng Lok ini dapat diatasi dengan segera.


“Kami bimbang dengan keselamatan murid dan guru di sekolah ini.


“Terima kasih dengan keprihatinan Datuk Mah (Hang Soon) dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri yang hadir bagi membantu menyelesaikan masalah ini,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]