Masyarakat Orang Asli sentiasa diambil berat

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


JELEBU – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah melaksanakan Program Jalinan Kasih Bersama Masyarakat Orang Asli Daerah Jelebu di Kampung Ulu Kemin, Kuala Klawang, di sini, baru-baru ini.


Program berkenaan mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah, Pejabat Kesihatan daerah, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia daerah dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri.


Wakil pegawai JAKOA daerah, Mohammad Fauzi Ali berkata, objektif dilaksanakan program ini adalah bagi mengeratkan lagi jalinan kasih dan tali persaudaraan antara sesama penduduk kampung, masyarakat orang asli dengan pemimpin setempat dan agensi kerajaan.


Beliau berkata, masyarakat Orang Asli perlu tahu agensi kerajaan sentiasa mengambil berat hal ehwal mereka.


“Itu sebabnya program ini dianjurkan di mana menjadi platform dalam memberi ruang dan peluang serta kemudahan kepada penduduk untuk berurusan dengan agensi kerajaan yang terlibat.


“Dalam masa sama, kita mahu memupuk semangat setiakawan dan cintakan negara dalam kalangan masyarakat orang asli,” katanya pada program berkenaan yang disempurnakan Adun Klawang, Datuk Yunus Rahmat.


Mohammad Fauzi berkata, JAKOA juga baru sahaja selesai melaksanakan kerja-kerja membina jambatan bagi laluan motosikal  Kampung Ulu Kemin untuk memudahkan masyarakat Orang Asli kampung tersebut membawa keluar hasil pertanian mereka.


Sementara itu, sumbangan berbentuk makanan turut disampaikan kepada 18 ketua keluarga Kampung Ulu Kemin dan 68 ketua keluarga Kampung Ulu Kelaka.


Selain itu, penyampaian bantuan kerusi roda dan tongkat kepada penduduk Kampung Baner Tengkoh, Malina Abdullah serta perasmian dua unit rumah di bawah program bantuan rumah (PBR 2017) JAKOA.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]