MB Kedah rahsiakan habuan kepada pemain

in Sukan by


MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah masih enggan mendedahkan bentuk ganjaran diterima pemain Lang Merah, sekiranya berjaya mengekalkan Piala Malaysia di bumi Kedah, buat kali kedua berturut-turut.


Katanya, semua persoalan berkaitan pasukan Kedah akan terjawab dalam sidang media khas, esok, yang akan berlangsung di Hotel Acapella, Shah Alam.


“Saya akan jawab semua soalan pasal bola esok, selepas majlis makan tengah hari bersama pemain, ini termasuk persoalan berhubung beberapa keputusan penting berkaitan isu semasa bola sepak Kedah,” katanya.


Ahmad Bashah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, semua pertikaian yang timbul sejak kebelakangan ini akan terjawab.


“Tunggu, saya akan umum nak bagi ganjaran ka, bonus, kita umum esok,” katanya.


Mengulas sama ada beliau akan memberikan respon terhadap kenyataan ‘panas’ Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dimuat naik di laman Facebook, semalam.


Katanya, “tak payah sentuh hat dia, kita sentuh yang Kedah, cukup lah.”


Dalam kenyataan itu, Tunku Ismail membidas sikap sesetengah pihak dalam pengurusan bola sepak Kedah yang tanpa berselindung mencampur adukkan bola sepak dan politik.


TMJ juga kesal dengan sikap segelintir pihak dalam persatuan yang dianggap hanya hebat ‘cakap-cakap belakang’, sedangkan tidak mempunyai sebarang pencapaian.


Malah beliau turut mengeluarkan amaran kepada Pemuda Umno Kedah, walaupun tidak jelas sama ada ia berkaitan isu tiket mahupun intipati sidang media semalam.

 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]