MPK tawar RM200 untuk maklumat sampah haram

in Edisi Selangor KL by


KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) menawarkan ganjaran RM200 kepada pemberi maklumat berkenaan pembuangan sampah haram di daerah ini.


Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, MPK memerlukan maklumat dan kerjasama orang ramai dalam usaha mengatasi masalah itu.


“Sekiranya maklumat jelas berkaitan pembuangan sampah haram sehingga tertangkapnya pihak bertanggungjawab, maka kita akan bagi hadiah RM200 kepada mereka yang salur maklumat.


“Maklumat yang disalur harus lengkap dengan gambar dan lokasi kawasan terbabit,” katanya.


Menurutnya, MPK melaksanakan langkah itu sejak setahun lalu dan usaha itu dilihat positif dengan tertangkapnya 89 lori.


“Daripada jumlah tangkapan itu, kita berjaya mengutip kompaun sekitar RM100,000 dengan anggaran setiap lori dikompaun antara RM1,300 hingga RM2,500.


“Kita membelanjakan hampir RM18,000 untuk bayaran sagu hati kepada pemberi maklumat,” katanya.


Beliau berkata, pihaknya yakin masalah pembuangan sampah haram di kawasan pentadbiran MPK mampu diatasi melalui usahasama itu.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]