Peniaga bantah kerja roboh pagar pasar lama

in Edisi by


PASIR PUTEH – Kerja merobohkan pagar Pasar Besar Pasir Puteh oleh Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) di sini, pagi tadi sedikit kecoh apabila dibantah lebih 200 peniaga.


Bantahan itu menyebabkan pihak MDPP menghentikan operasi selepas kira-kira 30 minit merobohlkan sebahagian pagar.


Timbalan Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Besar Pasir Puteh, Mohd Badrol Yaacob berkata, MDPP sepatutnya menunggu keputusan rayuan mahkamah mengenai kedudukan peniaga sebelum bertindak sedemikian.


Katanya, pemindahan peniaga seharusnya ditangguhkan sehingga sebutan kes itu dibuat pada 11 Disember nanti.


“Nak suruh kami pindah tapi mengapa mereka menggunakan kekerasan tanpa rasa hormat kepada keputusan mahkamah yang bakal dikeluarkan.


Menurutnya, peniaga tidak akan berganjak dan meminta kerajaan negeri menilai semula keadaan Pasar Siti Hajar.




 


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]