Tiada lagi kesesakan

in Edisi Selangor KL by


BANGI – Pengguna jalan raya kini boleh menggunakan Jalan Reko dengan lebih lancar selepas projek naik taraf jalan itu siap sepenuhnya, baru-baru ini.


Adun Bangi, Shafie Ngah berkata, pengguna tidak lagi perlu berhadapan dengan masalah kesesakan lalu lintas di laluan utama sebelum ini.


“Kalau dulu penduduk sering mengadu jalan sesak, jadi saya harap projek ni dapat beri manfaat dan keselesaan kepada pengguna di Bangi dan Kajang,” katanya.


Menurutnya, jika ada kerosakan atau apa sahaja masalah berkenaan projek itu, pengguna boleh membuat aduan sama ada terus kepada Jabatan Kerja Raya Hulu Langat atau ke Pejabat Adun Bangi.


“Kos projek ini dianggarkan RM49.59 juta. Saya juga mengingatkan supaya pengguna sentiasa berhati-hati dalam pemanduan dan patuhi had kelajuan ketika di jalan raya,” katanya.


Pembangunan Jalan Reko berkenaan melibatkan pelebaran jalan dari dua laluan kepada empat laluan sepanjang 5.5 kilometer bermula sejak 2012.


Dalam perkembangan berasingan, Shafie bersama jurutera JKR Hulu Langat dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang turut meluangkan masa melawat tapak projek Masjid Bukit Mahkota.


Projek terbabit menelan belanja lebih RM8 juta dan dijangka siap pada bulan Mac 2018.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]