Twitter Trump kena padam

in Global by


AKAUN laman sosial kegemaran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dipadam seorang pekerja Twitter yang telah ditamatkan perkhidmatan, malam semalam.


Menurut laporan CNN, mereka yang cuba mengakses akaun @realDonaldTrump akan disambut oleh laman biru yang mengatakan akaun berkenaan tidak wujud.


Orang ramai menyangka ia satu ‘glitch’ (gangguan) tetapi rupa-rupanya akaun tersebut disabotaj seorang pekerja pada hari terakhirnya bekerja.


Twitter kini sedang menyiasat kejadian tersebut tanpa memberikan pengesahan samada pekerja tersebut seorang lelaki atau wanita.


Akaun Twitter Trump bagaimanapun berjaya diwujudkan semula 11 minit selepas ia dipadam.


Sementara itu, kejadian tersebut dijadikan sebagai jenaka oleh warga laman sosial.


“Kalau akaun Twitter Trump dipadam, adakah ini bermakna beliau bukan lagi seorang presiden? Maksud saya, main Twitter kan kerja utama Trump?” kata John.


“Akaun Twitter Trump dah hilang. Ini cara baru untuk gulingkan kuasa ke?” kata seorang petugas media dari New Republic, Jeet Heer.


Trump sememangnya dikenali ramai sebagai seorang yang gemar mengunakan Twitter sebagai platform untuk ‘membebel tidak tentu arah’.


Misalnya, Trump mengutuk pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggunakan melalui satu tweet.


“Saya mendapat tahu Menteri Luar Korea Utara berucap di PBB. Kalau dia sampaikan hajat (Kim Jong Un), mereka (Korea Utara) akan dimusnahkan!” tweet oleh Trump September lepas.


Tweet tersebut dianggap pengisytiharan perang oleh kerajaan Korea Utara.


Selain itu, ramai pelayar laman sosial dan ahli politik mahu Trump dihalau dari Twitter.


Kata mereka, Trump ‘tidak berfikir apabila mengeluarkan tweet’.

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]