Badak sumbu bunting, anak dibunuh untuk sumbu

in Global by


SUNGGUH menyedihkan apabila menyaksikan foto-foto yang dikongsi oleh Taman Negara Pilaneseberg yang terletak di Mogwase, Afrika Selatan ini.


Walaupun dunia semakin moden, masih ada pihak yang tergamak membunuh hanya untuk mendapatkan sedikit keuntungan.


Menurut laman Facebook Pilanes National Park & Wildlife Trust, si ibu dan anak badak sumbu berkenaan hidup aman di taman perlindungan tersebut sebelum dibunuh.


Sumbu yang menjadi sasaran pemburu haram (poachers) pula masih lagi melekat di kepala mangsa.


Pemburu tidak sempat memotong habis sumbu kerana melarikan diri selepas dihampiri pengawal taman.


Lebih menyedihkan, si ibu yang sarat mengandung dijadualkan melahirkan anak Februari depan.


“Kami kehilang 16 badak sumbu dan dan tiga keguguran setakat ini pada 2017,” kata jurucakap taman kepada International Business Times.


Tambah jurucakap, 6,000 badak sumbu telah dibunuh untuk sumbu mereka dalam tempoh 10 tahun.


“Kehilangan ini bukan kerana taman kurang berminat atau tidak berusaha (melindungi), tetapi taman ini sangat besar dan terdapat banyak lembah dan kawasan lain yang sukar dipantau,” tambah jurucakap.


Susulan tragedi itu, pihak taman menawarkan ganjaran lumayan kepada mana-mana pihak yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya pemburu-pemburu haram terlibat.




 


Source: SH Global

[featured-video-plus]