Banjir kilat landa beberapa kawasan di SPU

in Edisi Utara by


BUTTERWORTH – Hujan lebat selama hampir beberapa jam mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Seberang Perai Utara dilanda banjir kilat.


Difahamkan kejadian ini turut melibatkan antaranya beberapa kawasan di Bertam, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Kepala Batas dan juga beberapa kawasan lain.


Bagi kawasan Teluk Air Tawar difahamkan melibatkan beberapa kawasan perumahan antaranya Taman Berlian, Taman Senangan, Pekan Darat dan beberapa kawasan lain.


Manakala untuk Bertam, setakat ini melibatkan kawasan antaranya Kampung Kovil, Kampung Setol, Kampung Datuk, Pongsu Seribu dan Jalan 1.


Dalam pada itu, kawasan sekitar Bagan dipercayai melibatkan antaranya kawasan Mak Mandin dan beberapa lagi kawasan lain.


Menurut sumber, setakat ini mangsa banjir terlibat ditempatkan di Dewan Masjid At-Taqwa, Mak Mandin, Pusat Pemindahan Banjir Lubuk Meriam, Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Dewan Muhibbah, Sungai Dua dan Dewan Bakar Kapor Penaga.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]