JDT tundukan Kedah, juarai Piala Malaysia

in Sukan by


JOHOR Darul Ta’zim (JDT) berjaya merampas trofi Piala Malaysia selepas menundukkan penyandang tahun lalu, Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.


Kemenangan tersebut memastikan trofi penuh bersejarah itu terbang kembali ke bumi Johor selepas kali terakhir pada 1991.


Skuad kendalian Ulisses Morais itu yang turun tanpa kelibat penggempur utama, Mohamad Ghaddar bagaimanapun tidak menghadapi masalah menampilkan aksi agresif sebaik sahaja wisel ditiup pengadil perlawanan Rozlan Jofri Ali.


Hasilnya,seawal minit kedua, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak berjaya menanduk masuk gol pertama hasil sepakan penjuru Safiq Rahim.


Lang Merah cuba bertindak balas,namun gerakan yang direncana import mereka Liridon Krasniqi dan Sandro da Silva mudah dipatahkan keampuhan back four JDT.


Malah, JDT juga hampir menambah gol susulan kesilapan pertahanan Kedah, Khairul Helmi Johari membuang bola dari kawasan bahaya, namun percubaan Ignacio Insa Bohigues tersasar ke kanan gawang Kedah.


Hantaran lintang Hazwan Bakri pada minit ke-21 juga hampir membuahkan gol namun percubaan  Gabriel Guerra ditampan Mohd Ifwat Akmal Che Kassim.


Peluang terbaik Kedah hanya hadir di penghujung babak pertama dengan sepakan dari luar kotak penalti pemain sayap,Syazwan Zainon sedikit tersasar.


Bersambung babak kedua, Kedah mula mengatur asakan dan berhasil mengkucar-kacirkan benteng pertahanan JDT.


Lang Merah hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-57 namun tandukan Ken Ilso hanya singah ke palang gol.


Disebalik serangan demi serangan yang diatur , Gabriel Cabrera hadir menghukum kealpaan benteng pertahanan Kedah menyumbat gol kedua pada minit ke-63 selepas bijak menanduk hantaran lintang Ahmad Hazwan Bakri.


Kedah terus mempersiakan peluang untuk merapatkan kedudukan apabila peluang keemasan pada mini ke-67 yang sepatutnya mudah disempurnakan Baddrol Bakhtiar terkena tiang.


Usaha skuad kendalian Mohd Nidzam Adzha Yusoff memburu gol terus buntu dan keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]