Kampus induk USM dilanda banjir

in Edisi Utara by


GEORGETOWN – Hujan lebat yang melanda Pulau Pinang sejak pagi tadi telah menyebabkan beberapa kawasan dalam kampus induk Universiti Sains Malaysia (USM) mengalami banjir.


Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM dalam Facebooknya mengesahkan kejadian itu, hari ini.


Menurut laporan itu, antara kawasan terlibat banjir adalah tingkat bawah Blok M02 Desasiswa Restu, sekitar Tasik Fajar dan kawasan-kawasan berhampiran.


Pihak Jabatan Keselamatan (JK) telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan sedang mengambil tindakan pemantaun sebelum langkah-langkah seterusnya dapat dibuat.


Warga kampus diminta berhati-hati dalam menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu.


Sebarang laporan susulan boleh dibuat terus ke talian Jabatan Keselamatan 046534999.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]