Laluan lebuh raya ditutup akibat banjir

in Semasa by


SUNGAI PETANI – Laluan dari kedua-dua arah Lebuhraya Utara Selatan dekat Kilometer 93.3 ditutup untuk semua kenderaan berikutan banjir yang menghalang laluan.


Berdasarkan maklumat dari laman web PLUSTrafik-Live TRAFFIC memaklumkan agar pengguna yang  melalui laluan berkenaan untuk ke selatan, perlu keluar dari Tol Gurun dan masuk semula Tol Sungai Petani untuk meneruskan perjalanan.


Begitu juga dengan pengguna yang menuju ke utara diminta keluar dari Tol Sungai Petani dan masuk semula Tol Gurun sebelum meneruskan perjalanan.


Laman twitter PLUS Trafik turut mengemaskini maklumat sama pada jam 00.51 yang meminta agar pengguna menggunakan laluan yang selamat berikutan jalan terhalang akibat banjir.


Setakat kira-kira jam lima pagi, hujan lebat masih berterusan di beberapa lokasi sekitar daerah termasuk Bedong, Sungai Lalang dan Sungai Petani.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]