Mayat kedua mangsa terjatuh dalam tangki diesel ditemui

in Edisi by


KUALA LUMPUR – Mayat kedua daripada tiga mangsa yang dilaporkan terjatuh ke dalam tangki minyak diesel yang meletup di sebuah kilang simen di Jalan Kuang, Rawang ditemukan.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata mayat Zamri Adenan, 35, ditemui pada jam 4.30 petang tadi.


Sebelum ini mayat Mohd Ziehafizan Abd Rahman, 28, ditemukan pada jam 2.50 petang.


‚ÄúPasukan mencari dan menyelamat giat mencari seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai T. Baskaran berusia 49 tahun,” katanya Mohd Sani ketika dihubungi.


Beliau berkata difahamkan kedua-dua mayat akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh setelah mayat ketiga dijumpai.


Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, ketiga-tiga mangsa dilaporkan sedang melakukan kerja penyelenggaraan di tangki minyak itu sebelum berlaku letupan yang mengakibatkan mereka terjatuh ke dalam tangki berkenaan.


Susulan itu lebih 725,000 liter minyak diesel dari tangki setinggi 4.26 meter itu dikeluarkan dalam usaha mencari dan menyelamatkan mereka. – Bernama


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]