Mayat nelayan ditemui tersangkut di pukat

in Edisi Utara by


ALOR SETAR – Nelayan yang dilaporkan hilang di laut selepas terjatuh dari bot tiga hari lalu, disahkan maut selepas mayatnya ditemui pagi tadi.


Mayat Mohamad Aznan Abd Rashid, 40, ditemui tersangkut pada pukat oleh nelayan tempatan kira-kira tujuh batu nautika barat daya dari Pulau Beras Basah, Pulau Langkawi, pada jam 8.15 pagi tadi.


Timbalan Pengarah Operasi DM 1 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Langkawi, Komander Maritim Nurulazme  Zakariah berkata, mangsa  yang dilaporkan hilang  dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika sedang menarik pukat.


“Susulan satu operasi mencari dan menyelamat dilakukan turut dibantu Tentera Laut, Polis Marin, pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Komuniti Nelayan


“Pagi tadi, Pusat Operasi Daerah Maritim 1 (DM 1)  Langkawi telah menerima panggilan daripada  nelayan tempatan berusia 54 melaporkan bahawa terdapat mayat di dalam pukat ketika mereka sedang menggulung naik pukat mereka,” katanya.


Beliau berkata, bertindak atas panggilan itu, pihak bergegas ke lokasi dan mendapati mayat ditemui terperangkap di dalam pukat dalam keadaan masih berpakaian lengkap berbaju oren.


“Mayat telah dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut, seterusnya mayat diserahkan kepada pihak polis sebelum di bawa ke Hospital Langkawi, di sini untuk bedah siasat,” katanya.


 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]