Piala Malaysia: 66 peratus pembaca sokong Kedah!

in Sukan by


SOKONGAN pembaca Sinar Online untuk Piala Malaysia malam ini nampaknya lebih berpihak kepada Kedah.


Hasil undian yang diperoleh daripada Twitter Sinar Online, lebih 66 peratus pembaca memilih untuk menyokong pasukan utara tanah air itu.


Manakala lawan kepada Kedah, JDT hanya memperoleh 34 peratus.


Bagaimanapun, peluang kedua-dua pasukan untuk menjulang Piala Malaysia pada malam ini boleh dikatakan seimbang, di mana Kedah mempunyai rekod cemerlangnya tersendiri dan JDT juga mempamerkan corak permainan terbaik setakat ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Peluang Kedah, JDT seimbang]


Kedua-dua pasukan bakal bertemu pada malam ini di Stadium Shah Alam, di sini, malam ini.


 




 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]