Ratusan ribu penyokong doakan Kedah berjaya

in Sukan by


RATUSAN ribu penyokong Kedah berada di belakang pasukan itu untuk melihat mutu permainan paling baik dan momentum tinggi mampu dipamerkan oleh semua pemain mereka apabila turun bertemu JDT pada final Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam pada malam ini.


Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar berkata, setakat ini pasukan tersebut merupakan antara pasukan yang belum ditewaskan oleh juara Liga Super itu pada musim ini.


Menurutnya, walaupun pada penghujung saingan Liga Super 2017 prestasi pasukan tersebut terumbang-ambing namun mereka kembali bangkit mempamerkan karakter sebenar pada dua perlawanan terakhir sebelum ini.


“Selain itu, kita nak menyakinkan pemain bahawa di belakang pasukan ada ratusan ribu penyokong yang mendokan mereka, jadi bermainlah bersungguh-sungguh walaupun macam-macam orang kata kepada pengurusan dan pemain tapi inilah kita, bangkit untuk memburu kejayaan bersama,” katanya.


Aminuddin berkata, kesungguhan yang ditunjukkan oleh penyokong beratur dengan susah payah untuk membeli tiket seharusnya menjadi pendorong dan motivasi buat pemain untuk beraksi dengan lebih cemerlang.


Tambahnya, beliau juga menyeru kepada semua pemain agak beraksi demi lencana di dada dan juga negeri Kedah Darul Aman.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]