Tanah runtuh, penumpang tren terkandas

in Edisi by


KUALA KRAI – Penumpang tren dari Tumpat ke Johor terkandas di Kuala Krai berikutan tanah runtuh di  Kilometer  392 antara Bukit Abu dan Dabong kira-kira jam 6.30 petang tadi.


Sumber Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Wilayah Timur berkata, seramai 283 penumpang dipindahkan ke Kuala Lipis dengan menggunakan bas untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing dengan keretapi.


“Bagi Tren esok berdasarkan kepada maklumat dalam sistem penumpang lebih kurang 280 orang juga akan dibawa menaiki bas dari Kuala Lipis ke Kuala Krai.


“Penumpang seterusnya akan meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing juga dengan keretapi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


Katanya,seramai 70  penumpang tren turut terkandas selama dua jam di Dabong.


“Penumpang dibawa  ke stesen keretapi Kuala Krai menggunakan bas.


“Tanah runtuh menyebabkan tren dari Kuala Lipis yang bertolak  dari Stesen Dabong pada jam 6.05 petang  terpaksa berhenti sebaik diberitahu  berlaku tanah runtuh,” katanya.


Katanya, tren berkenaan terpaksa berundur  semula ke Dabong  kerana laluan itu tidak dapat di lalui.


“Berikutan itu kerja membaik pulih akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]