Video murid dipukul tular di media sosial

in Semasa by


BALING – Rakaman video seorang murid menerima hukuman dipukul seorang lelaki dipercayai kakitangan sebuah sekolah di daerah ini tular di media sosial hari ini.


Video Berdurasi 1.04 minit itu menunjukkan salah seorang pelajar dipukul menggunakan tangan dan lutut bahagian kaki di beberapa anggota badannya.


Insiden itu mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.


Ada yang beranggapan tindakan itu keterlaluan namun terdapat juga netizen mempertahankan hukuman berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shariffuddin Yusof dalam kenyataan kepada media mengesahkan belum menerima sebarang laporan berhubung kes berkenaan.


Sinar Harian difahamkan video berkenaan pernah ditularkan lebih tiga tahun lalu.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]