Zii Jia mara ke separuh akhir

in Sukan by


PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan aksi cemerlang dengan mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Bitburger di Saarlandhalle Saarbrucken di Jerman pada Jumaat (awal Sabtu waktu Malaysia).


Pemain pilihan ke-14 itu meraihkan satu lagi kemenangan dalam aksi penuh sensasi mengalahkan pemain pilihan ketiga  Brice Leverdez daripada Perancis 9-21, 21-18 dan 21-10 pada peringkat suku akhir yang berlangsung selama 63 minit, menurut laman web kejohanan itu ;www.bitburger-open.de.


Zii Jia yang menumpaskan pemain pilihan keenam Qiao Bin daripada  China dalam pusingan ketiga pada Khamis, dijadual bertemu Rasmus Gemke daripada Denmark dalam perlawanan separuh akhir lewat hari ini.


Pemain remaja negara itu mara ke suku akhir selepas mengejutkan pemain pilihan ketujuh, Ygor Coelho daripada Brazil 21-12, 15-21 dan 21-12 .


Persaingan Malaysia dalam acara beregu lelaki bagaimanapun terhenti apabila dua gandingan beregu negara dikalahkan lawan masing-masing.


Beregu pilihan keenam Goh V Shem/Teo Ee Yi tewas 12-21 dan 15-21 kepada gandingan pilihan keempat Fajar Alfian/Muhammad Rian Ardianto daripada Indonesia manakala satu lagi beregu negara yang juga pilihan keenam Tan Wee Kiong/Ong Yew Sin tumpas kepada beregu pilihan kedua Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen daripada Denmark 8-21 dan 12-21.


Cabaran negara dalam perseorangan dan beregu wanita turut berkubur selepas wakil Malaysia tumpas kepada lawan masing-masing dalam pusingan awal dan Malaysia tidak menghantar wakil bagi acara beregu campur pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$120,000 (RM508,279). – Bernama

 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]