ATM digerakkan bantu mangsa banjir di Pulau Pinang

in Nasional by


BUTTERWORTH – Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  telah menggerakkan anggota dan asetnya ke beberapa kawasan di Pulau Pinang untuk membantu negeri itu menghadapi bencana banjir.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein antara lokasi yang telah ditempatkan anggota ATM termasuk di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Zon Barat Daya dan Zon Timur Laut.


“Sejak awal lagi saya telah arah ATM membantu mangsa-mangsa #banjir di Pulau Pinang.


“Setakat ini, ATM telah berjaya memindahkan penduduk yang terjejas ke kawasan selamat, membersihkan laluan yang terhalang serta menbantu operasi pembersihan di kawasan2 yang terjejas,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.


Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sebak dengan keadaan banjir yang menimpa negeri itu menyuarakan bantuan daripada ATM untuk membantu kerajaan negeri itu menghadapi krisis tersebut.


[ARTIKEL BERKAITAN: Banjir di Pulau Pinang: Guan Eng tak tahan sebak]


“Insya-ALLAH dalam keadaan ini, ATM akan terus bantu apa sahaja yang terdaya.


“Marilah kita sama-sama doakan, semoga keadaan di sana segera pulih seperti sedia kala,” katanya lagi.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]