Bapa mahu pihak berkuasa siasat kematian anak di penjar

in Semasa by


SUNGAI BULOH – Seorang kontraktor meminta pihak berkuasa menyiasat semula punca kematian anak lelakinya yang sedang menjalani hukuman penjara selepas disahkan meninggal dunia akibat jangkitan di bahagian dada di Hospital Sungai Buloh pada Isnin lepas.


Ong Ah Chew, 61, berkata dia terkejut apabila menerima panggilan daripada pihak Penjara Sungai Buloh memaklumkan mengenai kematian anak sulungnya, Ong Kok Leong, 34, pada 11.30 pagi.


Ong mendakwa ketika melawat anaknya yang sedang menjalani hukuman penjara lapan tahun sejak  2012 atas kesalahan berkaitan dadah pada Ogos lepas, Kok Leong kelihatan sihat dan pihak penjara juga  tidak memaklumkan bahawa anaknya itu mempunyai sebarang penyakit.


“Tetapi apabila saya ke Hospital Sungai Buloh pada hari kejadian, pihak hospital memberitahu  kematiannya berpunca daripada jangkitan pada dada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelong di sini, hari ini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt S. Somu ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan itu, dan berkata pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan yang diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut. – Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]