Lima cedera ringan akibat kemalangan

in Edisi by


KARAK – Tiga lelaki dan dan dua wanita cedera ringan setelah kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Jalan Karak Setia, di sini hari ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Karak Suhairul Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.26 pagi dan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Karak dan sebuah jentera serta sebuah ambulan EMRS diperlukan dan bergegas ke tempat kejadian. 


Menurutnya, setibanya di tempat kejadian pada jam 9.34 pagi itu, pihaknya mendapati telah berlakunya kemalangan jalanraya melibatkan dua buah kereta jenis Proton Waja dan Toyota Estima.


“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, empat mangsa dari Toyota Estima telah keluar dan pihak bomba cuma mengeluarkan seorang pemandu waja yang menyebabkan mangsa cedera ringan.


“Kita mengambil masa kira-kira 5 minit dengan memasang collar pada mangsa untuk mengeluarkan mangsa dan seterusnya mangsa telah dihantar ke hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini hari ini.


Suhairul  berkata empat mangsa yang lain juga hanyalah mengalami cedera ringan dan mereka juga turut menerima rawatan di Hospital Bentong.


Menurutnya, pasukan bomba telah membuat pemeriksaan disekitar lokasi kejadian untuk memastikan keadaan telah selamat dan menyerahkan lokasi kejadian kepada pihak polis untuk disiasat.


“Kes ini kita telah serahkan kepada pihak Polis untuk mengetahui punca kemalangan tersebut dan operasi berjaya ditamatkan pada jam 9.56 pagi,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]