Orang ramai dinasihat sentiasa berhubung dengan polis

in Edisi Utara by


KEPALA BATAS – Pihak polis memohon kerjasama orang ramai agar segera menghubungi polis sekiranya kawasan kediaman atau kawasan perumahan, perkampungan mereka dilanda banjir.


Ketua Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti Negeri, Datuk Mohamad Anil Shah berkata keutamaan pihak polis untuk membantu mangsa yang terlibat dalam banjir ini dan sekali gus menyelamat nyawa.


“Saya meminta agar orang ramai yang terlibat dalam kejadian banjir ini, agar segera menghubungi pihak polis, sekiranya terdapat situasi di mana kawasan masing-masing dinaiki air, pihak polis akan berikan bantuan dengan secepat mungkin dan seberapa baik mungkin.


“Setakat ini beberapa insiden dilaporkan berlaku selain daripada banjir, iaitu kejadian pokok tumbang dan ada jalan raya yang ditutup, namun jumlahnya itu semakin berkurangan, dan ada jalan raya yang telah dibuka,” katanya.


Katanya, pihak polis bersiap sedia 24 jam sejak semalam di mana kita bersama-sama berusaha untuk memulihkannya bersama agensi-agensi lain yang terlibat.


“Usaha sama ini kita lakukan bersama semua agensi yang terlibat, pihak polis tidak bekerja berasingan kita bekerjasama dengan kesemua agensi terlibat.


“Kita juga bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) dan pada masa sama kita bergabung tenaga dengan semua agensi bertujuan untuk menjamin keselamatan orang ramai,” katanya.


 


 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]