Penduduk harap pihak berkuasa bantu hapus kera liar

in Edisi by


BANDAR JENGKA – Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan TamanĀ  Negara Pahang (Perhilitan) diminta menangkap atau menembak kumpulan kera liar yang merosakkan tanaman, harta benda serta menyerang penduduk kampung Pulau Raya, Rumpun Makmur, Sekoh dan beberapa kampung di pinggir Sungai Pahang seberang Kuala Krau.


Ketua Kampung Pulau Raya, Ibrahim Chik kera-kera liar itu berada di kampung tersebut sejak dua tahun lepas dan membiak serta berkeliaran serta menganas merosakkan harta benda, tanaman dan kadang kala menyerang penduduk.


“Pelbagai kaedah dilakukan untuk menghalau haiwan tersebut termasuk menembak, memasang perangkap, membakar mercun dan pelbagai namun semuanya gagal.


“Sebaliknya ia terus membiak hingga kini sukar dikawal dan dihalau,” katanya kepada pemberita hari ini.


Ibrahim berkata, penduduk terpaksa menutup semua pintu dan tingkap rumah kerana bimbang diceroboh kera tersebut di mana berpuluh buah rumah mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda akibat serangan kera tersebut sebelum ini.


Beliau berkata, penduduk kini buntu dan meminta Perhilitan bertindak bagi mengurangkan kehadiran haiwan tersebut selain bersedia bekerjasama dan membantu Perhilitan untuk melakukan apa juga tindakan bagi mengurangkan haiwan itu walaupun terpaksa mengeluarkan wang.


“Kami berharap sangat kera-kera liar itu dapat ditangkap segera bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku selain penduduk terus mengalami kerugian ataupun berada didalam ketakutan dan truma setiap masa,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]