18,145 calon duduki SPM di Negeri Sembilan

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


SEREMBAN – Seramai 18,145 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini melibatkan 147 pusat peperiksaan, mulai hari ini hingga 4 Disember depan.


Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Pkharuddin Ghazali berkata, 15,972 daripada jumlah itu merupakan calon sekolah kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).


“Seramai 440 calon dari MRSM (Maktab Rendah Sains Mara), 736 calon sekolah swasta, 172 calon SMAN (sekolah menengah agama negeri) dan 825 calon persendirian.


“Jumlah calon paling banyak menduduki SPM adalah di Seremban iaitu 8,080 pelajar,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban Jaya, di sini, hari ini.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]