Banjir: KPDNKK Kelantan jamin bekalan makanan cukup

in Edisi by


PASIR MAS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Kelantan memberi jaminan bekalan makanan mencukupi untuk menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda negeri ini pada bila-bila masa bermula sekarang.


Pengarahnya, Datuk Ab Ghani Harun berkata, pemborong dan pembekal barangan keperluan di negeri ini dibenarkan untuk menyimpan stok bekalan lebih 30 peratus daripada kebiasaan sepanjang musim tengkujuh.


“Penyimpanan stok itu bagi membolehkan pengguna mendapatkan bekalan barangan dengan lebih mudah dan cepat,”katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Jualan Akhir Tahun 2017 di salah sebuah pasar raya di Tendong, di sini hari ini.


Turut hadir, Pengerusi Penyelaras Pengguna Pasir Mas, Datin Seri Shuhanie Deraman.


Menurutnya, pemborong dan pengguna dibenarkan menyimpan stok tambahan ini sehingga 28 Februari tahun hadapan.


Katanya, bukan itu sahaja, KPDNKK Kelantan turut memberikan kebenaran kepada pemborong atau pembekal untuk menyimpan stok ini di kawasan lebih tinggi.


“Ini bagi mengelakkan stok bekalan barangan keperluan harian itu ditenggelami banjir,” katanya.


Antara barangan tersebut ialah telur, minyak masak, tepung gandum, susu, ikan kering, susu, ikan sardin dan pelbagai lagi keperluan harian lain.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]