Berucap tentang kebuluran tetapi curi-curi makan

in Global by


CARACAS – VENEZUELA. Klip rakaman pendek yang menunjukkan Presiden Venezuela curi-curi makan ketika membahaskan krisis kebuluran yang melanda negaranya, menjadi tular.


Laporan New York Magazine mengatakan Nicolas Maduro dirakam sempat memakan empinada (karipap) ketika program siaran televisyen tersebut berakhir minggu lalu.


Venezuela ketika ini mengalami krisis tidak cukup makanan dan istilah ‘Maduro Diet’ yang merujuk ‘pengurangan berat badan akibat kebuluran’ digunakan secara meluas.


Maduro yang didakwa bertambah gemuk, pernah dikutuk ketua pembangkang bahawa dia ‘sudah tidak muat untuk masuk televisyen’.


Selain itu, warga Venezuela juga menjadikan Maduro sebagai bahan jenaka di laman sosial.


“Maduro diet; Saya makan, awak tengok,” kata @dariadopplegang di Twitter.


“Terlalu gemuk? Nak kurangkan berat badan? Cubalah Maduro Diet,” kata @A_J_Taylor


“Maduro Diet lebih berkesan dari Keto Diet,” kata @Mrumbleson


Laporan AP Disember tahun lepas mengatakan angkatan tentera dibawah pimpinan Maduro yang diberikan tanggungjawab mengawal bekalan makan terlibat dengan skandal penyeludupan bahan makanan.


Skandal tersebut mendakwa kerajaan memperolehi keuntungan ketika rakyatnya kebuluran.


Ogos lalu, Reuters melaporkan angkatan polis Venezuela mendakwa haiwan di dalam zoo dicuri untuk dijadikan makanan.


Source: SH Global

[featured-video-plus]