Calon SPM masuk wad kemalangan

in Edisi Terengganu by


BESUT – Bimbang terlewat untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seorang calon peperiksaan itu cedera selepas kereta yang dinaiki bersama dua penumpang lain terlibat dalam kemalangan di selekoh dekat Kampung Gertak Jerubun, Hulu Besut pagi ini.


Mangsa, Amirul Fahmi Fauzi, 17, dari Kampung Limbong dekat sini, dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong bersama dua sepupunya, Mohamad Firdaus Abd Rahman, 21, (pemandu kereta) dan adik Mohamad Firdaus, Mohammad Zulfiqar, 18.


Mohammad Zulfiqar ketika ditemui Bernama di Hospital Besut berkata sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu abangnya  terbabas setelah melanggar lopak air di satu selekoh dan merempuh parit dan tiang lampu berdekatan.


“Abang saya memandu laju sedikit supaya sempat bagi kami berdua menyertai solat hajat yang akan diadakan di sekolah bermula 7.20 pagi,” katanya.


Amirul Fahmi kemudian dimasukkan ke wad Hospital Besut dan terpaksa menduduki SPM dalam wad kerana mengalami sakit belakang dan luka-luka kecil. – Bernama


 


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]