'Duit pencen Perkeso amanah emak bantu adik-adik'

in Edisi by


BAGAN SERAI – “Duit pencen penakat Perkeso merupakan amanah diberikan arwah emak untuk saya bantu jaga adik-adik saya.”


Demikian luahan ikhlas anak sulung kepada Allahyarhamah Noriah Kasa,40, mangsa yang terbabit dalam kemalangan jalan raya yang maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada 24 Oktober lalu  sewaktu menerima cek Faedah Pengurusan Jenazah berjumlah RM2,000 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).


Norasyikin Zuryani Dufizan 20, yang sempat menerima panggilan telefon terakhir daripada Allahyarhamah ibunya sebelum maut dalam kemalangan membabitkan dua buah bas kilang di Juru, Pulau Pinang, terharu dan tidak menyangka arwah ibunya masih meninggalkan sesuatu bermakna untuk membolehkan dia bersama dua adiknya meneruskan kehidupan.


“Saya terkejut apabila dihubungi pegawai Perkeso yang memaklumkan akan menguruskan Faedah Pengurusan Mayat ibu saya.


“Sekarang, mereka (Perkeso) datang menyerahkan cek bayaran tersebut dan saya terharu dengan bayaran yang tidak disangka-sangka ini,” katanya yang sebak ketika ditemui pada majlis penyerahan wang bagi Fedah Pengurusan Jenazah di rumahnya di Kampung Parit Sungai Dungun di sini hari ini.


Dalam majlis itu, Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat berkesempatan menyampaikan cek tersebut kepada Nurasyikin sambil diiringi Ketua Wanita Umno bahagian Bagan Serai, Zarina Abdol Majid, Ahli Jawatankuasa Umno bahagian itu, Datuk Ayub dan Pegawai Eksekutif Perkeso Taiping, Ashraf Helmi Mohamad Ramzi.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]