Filipina berwaspada

in Global by


MANILA – FILIPINA. Pegawai di Filipina akan memastikan langkah keselamatan yang mencukupi di tengah-tengah ancaman militan bagi melindungi lebih 20 pemimpin dunia yang bakal tiba di negara itu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) ke-31.


Jurucakap Jabatan Pertahanan Kebangsaan, Arsenio Andolong menegaskan, sistem keselamatan dan prosedur untuk acara tersebut telah dirancang lebih setahun lalu dan diperhalusi sejak beberapa bulan lalu.


“Setiap senario ancaman sedang dipertimbangkan dan setiap langkah akan diambil untuk melindungi wakil pemimpin dunia


“Simulasi telah dilakukan dan sebahagian daripada rancangan itu telah dilaksanakan semasa mesyuarat menteri pertahanan Asean baru-baru ini, yang memberi kami peluang untuk menyempurnakannya,” katanya.


Katanya lagi, kebimbangan khusus adalah kemungkinan serangan militan secara sendirian (lone wolf) seperti yang berlaku di Amerika Syarikat dan New York baru-baru ini.


“Pola seperti itu semakin menjadi pilihan penyerang sejak beberapa tahun lalu,” katanyua lagi. – Arab News


Source: SH Global

[featured-video-plus]