Johor hantar sukarelawan

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan menggerakkan pasukan kesukarelawan bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.


Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kira-kira 200 anggota Sukarelawan Darul Ta’zim akan digembleng bagi menghulukan bantuan secepat mungkin.


Katanya, Johor melihat banjir yang berlaku di Pulau Pinang sebagai musibah dan akan menghulurkan bantuan tanpa mengira ideologi.


“Kita berasa bertanggungjawab dan prihatin untuk menyumbang dan membantu,” katanya selepas majlis perjumpaan bersama Puteri Umno Cawangan-Cawangan Seluruh Johor dan pelancaran Jentera IT Puteri Umno Johor di sini, semalam.


Turut hadir, Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Puteri Umno Johor Rohaizah Ahmad.


Mohamed Khaled mengarahkan Jabatan Belia dan Sukan negeri Johor untuk tujuan penghantaran sukarelawan terlibat dan pihaknya akan melihat dari semasa ke semasa perkembangan banjir tersebut.


Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled turut meminta Puteri Umno Johor menggiatkan usaha mendekati 300,000 pengundi baharu dan muda di negeri ini bagi membantu kemenangan BN pada PRU14.


Beliau yang juga Pengerusi Umno negeri berkata, lebih 5,000 anggota Puteri negeri ini boleh mendekati golongan millennial menerusi alam maya termasuk menyiarkan video berinspirasi menggunakan kreativiti masing-masing.


“Pilihan raya akan datang ini adalah a battleground of the millennials.


Di Johor sahaja, kita berhadapan dengan kira-kira 300,000 pengundi baharu. Mereka ini bukan sahaja pengundi pertama kali tetapi merupakan pengundi millennials.


“Pengundi yang tidak pernah hidup dalam era tanpa internet, rata-ratanya berpendidikan dan bermaklumat. Mereka adalah golongan pro kebenaran, pro maklumat, pro kebebasan. Lalu siapa lagi yang harus menggalas kerja berat ini (mendekati pengundi baharu dan muda) kalau bukan Puteri,” katanya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]