Kakitangan Hospital Taiping sahut cabaran turun berat

in Uncategorized by


TAIPING – SeramaiĀ  77 peserta daripada kalangan kakitangan Hospital Taiping telah menyahut cabaran menurunkan berat badan 10 on 10.


Penyelaras program, Zaffar Kamaruddin berkata, program intervensi yang diadakan selama 10 minggu bermulaOgos hingga Oktober itu dilaksanakan bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Menurutnya, dalam program tersebut semua peserta telah disaring dan seramai 48 daripadanya mempunyai jisim tubuh (BMI) melebihi 25.


“Modul latihan 10 on 10 yang dibangunkan oleh KKM ini dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu modul latihan senaman dan modul diet pingganĀ  sihat 1 Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Penutup Program Penurunan Berat Badan 10 on 10 Hospital Taiping, di sini baru-baru ini.


Sementara itu, Pegawai Perubatan Hospital Taiping, Dr. Isma Fareed Ishak berkata, dalam program tersebut seramai 14 peserta telah berjaya menjadi pemenang.


“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan berharap masing-masing dapat mengekalkan amalan gaya hidup sihat walaupun program ini telah berakhir,” katanya.


Tambah Isma, dalam tempoh tiga bulan selepas program berakhir, perkembangan berat badan setiap peserta masih akan dipantau sekali lagi.


“Difahamkan salah seorang pemenang cabaran kali ini telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10.6 kilogram sekali gus memenangi hadiah utama iaitu sebuah basikal senaman,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]