Keadaan SPU masih terkawal daripada kes jenayah

in Edisi Utara by


KEPALA BATAS – Keadaan di Seberang Perai Utara masih terkawal dan tiada sebarang kes melibatkan pecah rumah, kecurian mahupun bencana ke atas rumah-rumah yang ditinggalkan oleh mangsa-mangsa banjir.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata pihaknya mempunyai pasukan khas yang mana akan melakukan rondaan di rumah mangsa-mangsa terlibat dalam banjir ini.


“IPD Seberang Perai Utara mempunyai satu pasukan khas yang membuat rondaan khususnya di rumah mangsa-mangsa terlibat banjir dan kita ada pasukan khas yang memantau kesemua rumah ini.


“Dalam masa sama seluruh unit-unit MPV, unit rondaan bermotosikal kita membuat rondaan, kita komited untuk memastikan bahawa jangan ada sebarang rumah yang diceroboh atau dipecah atau pun harta benda yang dicuri,” katanya.


Katanya tanggungjawab polis dalam isu banjir ini kita ada tiga keutamaan antaranya untuk menyelamatkan nyawa, menyelamatkan harta benda dan juga menentukan harta benda mereka-mereka mangsa banjir yang tinggalkan rumah ini berada dalam keadaan selamat dan memastikan aliran lalu lintas berjalan dengan lancar di seluruh daerah SPU.


“Sedia maklum ada tempat masih lagi empat jalan masih lagi ditutup kepada kenderaan ringan.


“Bagaimanapun polis masih lagi memantau jalan-jalan tersebut, pada awalnya ada sembilan jalan, tapi sekarang ini tinggal empat jalan yang masih ditutup kepada kenderaan ringan,” katanya.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]