Keluarga panik calon SPM hilang

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU РSeorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2 dilaporkan menghilangkan  diri dari kediaman keluarganya di Taman Universiti Skudai, Johor di sini sejak 7 pagi, semalam.


Kehilangan pelajar perempuan, Teoh Man Chee berusia 18 tahun itu disedari kakaknya, Teoh Qiong Lin, 29 selepas mendapati adiknya tiada di dalam bilik mereka sebaik sahaja dia terjaga dari tidur.


Pelajar berkenaan dipercayai keluar melalui pintu belakang dan membawa beg pakaian serta wang tunai RM30 selain turut meninggalkan empat surat kepada keluarga, bapa, rakan dan media sosialnya di dalam komputer riba.


“Saya cuba mencarinya di merata tempat termasuk menghubungi rakan-rakannya dan memeriksa di sekolah yang sepatutnya dia menduduki SPM namun masih gagal menemuinya hingga kini,” katanya pada sidang media di Pejabat Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng di sini, hari ini.


Turut hadir pada sidang media itu, bapanya, Teoh Poh Weng, 57, ibunya, Goay Phaik Hong, 51, dan adik perempuannya, Teoh Cheong Hui, 21.


Qiong Lin berkata, dia turut meminta bantuan orang ramai menerusi laman sosial Facebook bagi mengesan adiknya kerana bimbang mengenai keselamatan pelajar berkenaan yang turut memberitahu mahu membunuh diri.


“Di dalam surat berkenaan dia beritahu kami dia mahu mencari tempat sunyi untuk membunuh diri. Kami bimbang tentang keselamatannya kerana sebelum ini dia juga pernah¬† cuba untuk membunuh diri.


“Kami sekeluarga buntu dan turut membuat laporan polis bagi mengesan kedudukan adik. Kami berharap agar orang ramai yang mempunyai maklumat dapat menghubungi kami atau pihak polis,” katanya.


Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menhubungi mereka di talian 016-7022845 atau 012-7511289.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]