Kuasa tular pacu perniagaan

in Bisnes by


Sejak kebelakangan ini, penggunaan media sosial bukanlah perkara baharu, tidak kira peringkat umur, bangsa sama ada di bandar dan luar bandar, pastinya memiliki akaun media sosial.


Antara akaun media sosial popular ialah Facebook, Instagram dan Twitter, sekiranya tidak memiliki akaun media sosial tersebut dianggap ketinggalan.


Penyebaran dan perkongsian gambar, video, berita dan sebagainya yang ditular melalui media baharu itu sudah menjadi trend dan berfungsi untuk bercerita mengenai jenama, menerangkan fungsi produk dan bersahabat dengan pelanggan atau bakal pelanggan.


Kuasa tular akan memberikan impak positif atau negatif kepada perniagaan. Selalunya, apabila sesuatu produk dan perkhidmatan ditular, pelanggan akan mengakses pada bila masa sahaja sekali gus mempromosikan jenama dan logo kerana ia akan terpapar di telefon bimbit pelanggan. Dalam perniagaan, apabila sesuatu jenama produk dan perkhidmatan yang ditular memberikan impak yang positif kerana secara tidak langsung sebagai teknik pemasaran yang berkesan.


Antara kesan ketara kepada produk dan perkhidmatan yang disediakan ialah jualan akan meningkat, jenama akan berkembang dan cepat dikenali, malahan setiap usahawan akan lebih kreatif untuk menghasilkan produk lebih unik untuk menempa nama di pasaran.


Kini, dengan adanya medium media sosial, trend tular makanan, minuman, fesyen, kosmetik, ubat-ubatan, perkhidmatan yang terbaik akan menyebabkan perniagaan tersebut mencatatkan jualan tertinggi. Setiap yang ditular dianggap sesuatu yang istimewa, bagaimanapun, sekiranya tidak menepati pilihan dan cita rasa pengguna, perniagaan yang ditular akan menerima maklum balas yang negatif kepada syarikat sama ada terus bertahan atau gulung tikar.


Usahawan perlu menerima setiap teguran dengan positif untuk melakukan penambahbaikan sekali gus lebih kreatif dan produktif untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang terbaik.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]