Lemas ketika mandi lombong

in Edisi Utara by


SUNGAI PETANI – Seorang remaja maut ketika mandi di sebuah lombong yang jaraknya kira-kira satu kilometer dari perumahan Bandar Sri Astana dalam kejadian lebih kurang 1.40 petang.


Mangsa, Mohd Fikrul Azhar Firdaus ,13, dipercayai lemas selepas mandi bersama kawan-kawan yang berbasikal ke kawasan lombong berkenaan.


Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 3.06 petang oleh pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani selain dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan pasukan Bomba Sukarela.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]