Maafkan kami: Liridon

in Sukan by


“SAYA minta maaf kepada semua penyokong Kedah di atas kekalahan ini. Kami sudah berusaha, tapi tuah nyata tidak menyebelahi pasukan musim ini.”


Itu reaksi pemain import Kedah, Liridon Krasniqi  selepas Kedah tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final Piala Malaysia.


Liridon yang mengesahkan akan terus beraksi bersama Kedah musim depan kerana masih mempunyai baki satu tahun kontrak bersama pasukan itu berkata, Lang Merah gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang sebaliknya dihukum pasukan lawan yang lebih bernasib baik.


“Begitulah adat dalam bola sepak. Ada masa anda menang dan ada masa anda kalah


“Cuma kali ini kami tidak bertuah untuk mempertahankan piala keramat itu.


“Apa pun, kami akan kembali lebih kuat untuk memenangi lebih banyak piala di musim akan datang,” katanya.


Dalam aksi yang disaksikan 80,000 penyokong itu, Kedah terpaksa melupakan hajat untuk mengekalkan trofi buat musim kedua berturut-turut apabila jaringan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Gonzalo Cabrera meranapkan impian penyokong Hijau Kuning.


Segala-galanya bermula seawal minit kedua, apabila JDT dihadiahkan sepakan sudut yang diambil ketua pasukan, Safiq Rahim yang tepat menuju ke kepala Aidil untuk mengejutkan juara bertahan itu.


Liridon dan rakan sepasukannya cuba bangkit pada babak kedua, namun anak buah Ulisses Morais terus mengukuhkan kedudukan menerusi gol kedua pada minit ke-63, hasil percubaan menarik Cabrera untuk menewaskan Ifwat Akmal Che Kassim buat kali kedua.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]