Mesej tebing Sungai Muda pecah palsu

in Edisi by


GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang mengesahkan maklumat berhubung tebing Sungai Muda telah pecah dan mengakibatkan ketinggian air mencapai 5.2 meter yang menjadi tular di media sosial adalah palsu.


Perkara itu disahkan Exco Kerajaan Tempatan dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika sesi penggulungan usul tergemparnya berhubung bencana banjir yang melanda negeri ini Sabtu lalu.


Kon Yeow berkata, semakan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang, maklumat yang disebarkan itu adalah palsu.


“Mesej itu tidak benar dan kejadian itu tidak berlaku. Oleh itu, kerajaan negeri menggesa agar menghentikan sebaran maklumat palsu itu yang boleh mengelirukan rakyat.


“Oleh itu, langkah yang perlu diambil adalah dengan menangani sistem penyampaian maklumat yang betul supaya rakyat terima maklumat dari oleh berkuasa tentang keadaan terkini berhubung utiliti dan kekangan di tempat kejadian,” katanya di Sidang Dun, hari ini.


Terdahulu, dalam maklumat yang ditular melalui mesej itu mengandungi maklumat terkini kononnya tebing Sungai Muda telah pecah sehingga menyebabkan ketinggian air telah mencapai 5.20meter, iaitu melebihi tahap maksimum 3.96 meter.


Mesej tersebut turut menyatakan kononnya amaran tahap merah dikeluarkan untuk daerah Seberang Perai Utara (SPU).


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]