Perkenal konsep perniagaan baharu

in Bisnes by


Pakar perniagaan, Datuk Jahlilawati Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Datuk Jah muncul dengan produk pertamanya, Navix, yang membantu melegakan tekanan serta meningkatkan kesihatan untuk golongan wanita dan lelaki.


Pengasas BisnesJaya Resorces ini berkata, perniagaan itu cabaran baharu untuknya, selain mahu berkongsi rezeki dengan orang ramai yang ingin menjana pendapatan bersamanya.


“Pengalaman lapan tahun dalam perniagaan sudah meletakan saya di satu tahap yang membanggakan. Sebagai pengedar menerusi tiga bidang perniagaan sebelum ini, iaitu air kesihatan, telekomunikasi dan e-pendidikan, saya pernah mencapai rekod pendapatan sehingga enam angka sebulan.


“Jadi sudah tiba masanya untuk saya berkongsi rezeki dengan mengeluarkan produk sendiri. Kelainannya bukan sahaja dari produk, tetapi juga konsep perniagaan dengan memperkenalkan ganjaran Bonus Trading kepada mereka yang bekerja keras melakukan jualan,” katanya yang turut optimis untuk memecah rekod pendapatannya sebelum ini.


Menurut Jahlilawati, ilham untuk menghasilkan produk tersebut dicetuskan rakan baiknya dan ia mengambil masa lebih setahun menjalani proses kajian dan penyelidikan.


“Navix adalah produk pertama di negara ini yang dihasilkan khas untuk membantu mengatasi masalah stres dan kebimbangan, selain membantu menambah tenaga dan kesuburan untuk kaum wanita dan juga lelaki.


“Ia dihasilkan dengan bahan premium dan berkualiti tinggi seperti Ashwaganda, kunyit hitam dan Maca yang kaya dengan khasiat tersendiri,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]