Rasuah: Pegawai kanan Jabatan Perikanan direman

in Semasa by


LABUAN – Seorang pegawai kanan Jabatan Perikanan Labuan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung aktiviti perikanan laut dalam membabitkan warga asing.


Siasatan itu dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 17(a)  Akta SPRM 2009 kerana didakwa meminta rasuah berjumlah RM22,000 sejak 2016.


Perintah tahanan reman terhadap penjawat awam berusia 48 tahun itu bermula hari ini hingga 12 Nov, dikeluarkan Majistret Leona Dominic Majiliu di sini.


Pegawai penyiasat Muhalis Moksan memberitahu Bernama suspek dipercayai tidak mengambil tindakan terhadap aktiviti perikanan haram yang melibatkan warga asing.


Pengarah SPRM Labuan Abdulamin  Abdillah, dalam kenyataan berkata lelaki itu ditahan SPRM pada 2.15 pagi di rumahnya di Taman Perumahan Mutiara pada Ahad untuk merakam keterangannya berhubung kes itu.


Suspek yang berbaju oren hadir di Mahkamah Majistret di sini pada 9  pagi tadi diiringi pegawai SPRM.- Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]