RM2 juta kos penstrukturan, kajian tanah jerlus

in Edisi Utara by


KULIM – Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi menyelesaikan masalah tanah jerlus di Taman Selasih akibat banjir kilat yang berlaku semalam.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah meluluskan peruntukan tersebut sebaik sahaja Pegawai Daerah Kulim, Mohamad Che Nai memaklumkan kos yang diperlukan untuk penstrukturan semula dan kajian.


“Saya luluskan permohonan itu,”katanya pada lawatan kerja di Taman Selasih pagi tadi.


Mohamad berkata sebanyak RM1.5 juta diperlukan untuk penstrukturan semula masalah longkang besar yang runtuh tersebut manakala RM500,000 untuk melakukan kajian.


“Ini adalah masalah keselamatan kita perlu segera selesaikannya, untuk penstrukturan kita perlu RM1.5 juta manakala RM500,000 untuk mengkaji masalah tersebut, diharap kerajaan dapat luluskan,” katanya.


Terdahulu beberapa penduduk Taman Selasih bimbang dengan keadaan lubang besar yang wujud berhampiran rumah mereka selepas hujan berlarutan sejak Sabtu lalu.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]