Seramai 77,926 calon duduki SPM 2017 di Selangor

in Edisi Selangor KL by


KLANG – Calon SPM 2017 yang menduduki peperiksaan di Selangor bermula hari ini menunjukkan peningkatan sebanyak 3.15 peratus berbanding tahun lalu.


Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata, tahun lalu hanya seramai 75,543 calon yang menduduki peperiksaan, namun ia meningkat sebanyak 2,383 orang tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan seramai 77,926 orang.


Beliau berkata, daerah Petaling Perdana mencatatkan calon tertinggi menduduki peperiksaan tersebut iaitu seramai 14,995 pelajar, Hulu Langat (14,123), Klang (13,353) dan Gombak (11,030).


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]