SPRM reman 3 pegawai Maritim bantu siasatan rasuah

in Edisi Sabah Sarawak by


KOTA KINABALU – Tiga pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di sini ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung  kes rasuah.


Seorang pegawai berumur 45 tahun ditahan reman enam hari manakala dua lagi yang masing-masing  berumur 53 tahun dan 39 tahun, direman lima hari.


Ketiga-tiga pegawai berkenaan direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan perlakuan rasuah  sehingga menyebabkan bot-bot nelayan asing dapat memasuki kawasan perairan Sabah.


Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Afiq Agues selepas mendengar permohonan Pegawai Pendakwa SPRM Faliq Basiruddin. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]