Terkilan tak sempat beri kasih sayang sepenuhnya

in Semasa by


“TAK sempat saya nak buat apa-apa,” mengalir air mata si ibu, Noorazlina Bakry, 36, mengenangkan pemergian anak sulungnya, Muhammad Fahmi Abdullah, 11, mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.


Noorazlina berkata, dia tidak sempat memberikan sepenuh kasih sayangnya kepada anak sulungnya itu yang turut disayangi seluruh keluarga.


“Tak sempat nak bagi sepenuh kasih sayang kat dia. Banyak sangat,” katanya dengan penuh hiba sambil mengesat air mata.


Ibu kepada empat orang anak termasuk arwah itu berkata, selepas polis menahan tujuh suspek, dia mohon hukuman setimpal dikenakan terhadap mereka.


“Beri mereka hukuman setimpal. Mereka bunuh bukan seorang dua. Sanggup buat macam itu. Yang terkorban budak tahfiz itu. Saya mahu keadilan dapat diberi.


“Saya tidak akan maafkan mereka. Saya tak nak jumpa mereka,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarga berkenaan di Taman Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Harga nyawa Tahfiz


[ARTIKEL BERKAITAN: 50 peratus pusat tahfiz tidak selamat


Akui Noorazlina, apabila terpandang raut wajah anak keduanya, Muhammad Farish Abdullah, 10, dia akan terkenangkan Muhammad Fahmi.


“Lebih kurang rupa mereka berdua. Memang sama,” katanya sambil memandang Muhammad Farish.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]