Tular rompak telefon bimbit dijel 7 tahun

in Edisi by


KOTA BHARU – Dua lelaki bermotosikal yang tular merompak pejalan kaki di Jalan Keloncor, di sini, bulan lalu, dihukum penjara tujuh tahun oleh mahkamah sesyen, di sini, hari ini.


Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu bagi setiap tertuduh, Ahmad Faiz Abd Kadir, 26, dan Wan Muhammad Fadhli Wan Zainudin, 22, selepas mereka mengaku bersalah.


Ahmad Bazli mengarahkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan pada 26 Oktober lalu.


Mereka didakwa rompak berkumpulan terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dengan mengambil telefon bimbit jenis Samsung Win 2 berwarna Putih bernilai RM1,000 di hadapan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Jalan Keloncor, di sini, pada jam 5 petang, 17 Oktober lalu.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]