Usaha rakyat Korea Selatan diiktiraf

in Global by


SEOUL – KOREA SELATAN. Yayasan politik tertua Jerman, Friedrich-Ebert-Stifung (FES) memutuskan untuk memberikan penghargaan hak asasi manusia kepada jutaan rakyat Korea Selatan, lapor Arirang.


Penghargaan itu susulan protes aman oleh warga Korea di Gwanghwamun, Seoul selama beberapa bulan dalam menuntut presiden ketika itu, Park Geun-hye meletak jawatan kerana penyalahgunaan kuasa.


Wakil FES Korea, Sven Schwersenky mengatakan protes aman disertai jutaan rakyat negara itu memperlihatkan kepada dunia bagaimana perpaduan serta membuatkan dunia sedar masalah yang melanda Korea Selatan.


“Pada pandangan kami, demonstrasi rakyat menggunakan lilin membuktikan pada seluruh dunia hak sivik rakyat untuk mengadakan himpunan aman merupakan komponen penting dalam demokrasi,” katanya.


Park ditangkap dan dibuang dari jawatannya Mac lalu kerana membenarkan campur tangan asing dalam hal ehwal negara demi keuntungan peribadi.


Source: SH Global

[featured-video-plus]