2017: Tahun Ekonomi Digital Malaysia

in Bisnes by


BARU-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggariskan lima pemangkin strategik yang menjadikan 2017 sebagai Tahun Ekonomi Digital di Malaysia.


Lima pemangkin untuk agenda itu ialah mikrokosma fizikal, pembiayaan modal berisiko, perhubungan, pembangunan bakat dan rangka kerja pengawalseliaan.


Menurut beliau, Hub Digital Malaysia akan menyokong mikroskop fizikal iaitu sekumpulan ekonomi internet yang merangkumi syarikat-syarikat permulaan, berskala kecil serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).


Berita ini terbukti disambut baik oleh masyarakat Malaysia dengan peningkatan jumlah usahawan dalam talian Malaysia hari ini. Lebih daripada 50,882 peniaga dalam talian telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga Mei tahun ini, membuktikan tahap kesedaran usahawan online berkembang pesat.


Sebagai sokongan, kerajaan juga telah melancarkan Pelan Strategik E-Dagang Negara yang bertujuan meningkatkan pertumbuhan E-Dagang domestik daripada 10.8 peratus pada masa ini kepada 20.8 peratus pada tahun 2020.


Satu kajian keusahawanan oleh Pergerakan Keusahawanan Global (Global Entrepreneurship Movement) GEM, juga mendapati Malaysia berada di tempat ketiga dari 65 negara dari segi menyediakan pembiayaan kepada usahawan untuk memulakan perniagaan.


Di samping itu, Malaysia juga merupakan salah satu dari empat negara yang melihat bilangan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan adalah sama atau lebih daripada lelaki selain Mexico, Brazil dan Indonesia. Ini dapat dilihat melalui sebilangan besar produk kesihatan dan kecantikan tempatan di pasaran hari ini yang dibuat secara tempatan dan diterajui oleh wanita di negara ini.


Usahawan kecil dan sederhana digesa untuk mengambil kesempatan ini dan menjadi sebahagian daripada ekonomi digital dengan menyertai banyak platform dalam talian yang boleh didapati hari ini.


Tambahan pula, kerajaan kini aktif menawarkan pinjaman, geran dan subsidi untuk industri kecil dan sederhana (IKS) serta penajaan daripada peminjam swasta untuk syarikat-syarikat yang baharu dan sedang berkembang.


MyBazar, pasaran dalam talian terkini dibangunkan untuk menyokong usahawan PKS dan sesiapa yang ingin menyahut cabaran untuk mengejar impian dalam ekonomi digital baharu. Platform ini membawa pengalaman membeli-belah fizikal kepada perniagaan E-Dagang, tanpa mengira saiz pernia-gaan, lokasi, bajet dan kemahiran teknologi.


Platform ini menggabungkan media sosial, komunikasi, transaksi, pembayaran dan sistem penghantaran terbaik dalam satu aplikasi dan menawarkan servis secara PERCUMA untuk semua pengguna.


Menjadikan penduduk luar bandar sebagai sasaran, MyBazar bermatlamat untuk berganding bahu dengan usahawan luar talian dan membawa mereka melalui proses transformasi untuk menjadi peniaga dalam talian seterusnya membolehkan mereka menikmati dan menjadi sebahagian daripada ekonomi digital masa kini.


Usahawan terlibat bukan sahaja boleh mengharapkan alatan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan, malahan juga untuk menyokong dan menggalakkan pertumbuhan perniagaan mereka di seluruh negara dan di peringkat antarabangsa.


Bayangkan kedai kerepek tempatan yang tersembunyi di sebuah kampung terpencil, yang dikendalikan oleh seorang makcik yang komited dan bercita-cita tinggi dalam memenuhi permintaan dari masyarakat dan kampung-kampung berdekatan.


Sekarang, bayangkan produk yang dijual kini mampu menerima pesanan dalam talian dan bersedia untuk pasaran eksport, terima kasih kepada perhubungan tanpa batasan yang ditawarkan oleh internet!


Inilah wawasan dan pegangan MyBazar. Bertujuan untuk membawa para pedagang kecil yang bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada ekonomi digital, mengubah mereka menjadi pedagang dalam talian yang bersedia untuk pasaran eksport dengan alat yang terbaik tanpa kos, MyBazar mempunyai kesungguhan yang tinggi untuk mencapai matlamat ini dengan satu prinsip iaitu, “Semakin banyak anda berikan, semakin banyak anda akan terima”.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]