Anwar Ibrahim akan jalani pembedahan bahu

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) esok untuk menjalani penilaian pra-pembedahan pada bagi merawat kecederaan di bahu kanannya berikutan terlibat kemalangan September lalu.


Ahli Keluarga beliau terdiri daripada Nurul Nuha, Nurul Ilham dan Nurul Iman menggesa agar pihak kerajaan tidak campur tangan dan beri ruang sepenuhnya pada HKL untuk melakukan pembedahan tersebut.


“Kami menggesa agar kerajaan memberi jaminan bahawa semua rawatan perubatan yang diperlukan DSAI akan diberi tanpa campur tangan dan mendapat akses sepenuhnya kepada kemudahan-kemudahan pemulihan di hospital.


“Ini berikutan akses kepada kemudahan-kemudahan pemulihan tersebut cukup terhad untuk pencegahan selepas pembedahan di Hospital Sungai Buloh.


“Serta membenarkan badan-badan hak asasi manusia bertemu beliau untuk memantau keadaan sepanjang pembedahan dan pemulihan selepas pembedahan,” katanya ketika sidang media, hari ini.


Terdahulu, kenderaan Jabatan Penjara yang membawa Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat kemalangan jalan raya, September lalu.


[ARTIKEL BERKAITAN: Anwar Ibrahim terlibat kemalangan]


Peguam Anwar, R Sivarasa berkata, kemalangan berlaku di persimpangan trafik berdekatan Saujana Utama, Sungai Buloh ketika dalam perjalanan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh selepas diwadkan selama empat hari.


Sementara itu, Anwar dijangka akan menjalani pembedahan pada 12 November ini.


“Pembedahan ini amatlah rumit dan penjagaan selepas pembedahan yang betul amatlah diperlukan.


“Kami mempunyai kepercayaan penuh terhadap para doktor HKL untuk menjalankan pembedahan ini dengan penuh profesionalisme,” katanya lagi.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]